Rabu, 20 April 2011

mainan budak - budak

disebabkan esok tak kerja dan baru selesai menonton bola sepak di mana pasukan 'peberet' hanya mampu seri, pakeri menebus kebosanan dan ketandusan gol tadi di sini.. hari ini nak bercerita pasai mainan kanak-kanak atau budak-budak...
kita semua pernah lalui zaman kanak-kanak.. tak dak sapa yg beranak ja terus umoq 20...pembohong... jadi kita semua tak terlepas untuk bermain beberapa jenis permainan budak-budak ni..lain tempat kekadang lain mainan dia..tak pon lain cara permainan dia...tapi yang nk di ceritakan dalam blog pakeri ni adalah cerita dari segi pengalaman sendiri ataupon curi pengalaman org lain..

  •  masak-masak.....permainan ini selalunya dimainkan oleh kanak-kanak perempuan la..kalau ada laki-laki yang main kita terpaksa meragui la masa depan beliau..toink2...permainan ini selalunya mengakibatkan semua jenis pokok yang ditanam ibu atau bapa atau pon pekebun upahan di petik dan diragut oleh kanak2 ini dan juga periuk2 mak atau apa saja peralatan dapur mak dikebas mereka secara diam2...daun- daun yg dipetik akan dijadikan nasi ka sayoq ka..konon2 goreng la.. aku rasa permainan ini masih lagi menjadi tradisi sampai skrg..sapa cipta entah la...
  • sorok-sorok....permainan yang tidak mengira jantina semua boleh main...tapi permainan ini kebanyakkan ibu bapa tak bagi main pada waktu maghrib..takut anak dia 'disorokkan' pulak...jeng3.. permainan ini selalunya dimenangi oleh budak2 yg dah cekap dgn tempat tu..kekadang menyorok sampai 3 hari baru jumpa..yg syoknya skali dgn polis,bomoh semua kena main jgk..sebab budak tu mungkin menyorok dalam bus yg behenti sat2 ka...tak pon menyorok atas siling ka.naik ada tangga..turun kawan bawak lari tangga..setel masalah.
  • tuju guli....permainan yg dikawal atau pon yg menjadi permainan utama bagi kanak-kanak lelaki.. ada yang main pakai guli mahai ada yg main pakai guli besa saja...lawan tuju guli yg diletakkan di tgh2..kalau xsilap pakeri boleh jgk tuju guli org..pakeri pon xberapa paham sgt..tapi pulon jgk nak buat cerita..padan muka hampa sebab duk baca..haha
  • nenek sibongkok 3.....pakeri tak tau nama sebenaq mainan ni..jadi ok jgk pakeri buh nama tu..permainan tidak mengira jantina jugak..boleh main berapa ramai pon..sapa yg jadi 'nenek' kena tutup mata dan dalam kiraan 10..semua yg lain kena duk diam sampai 'nenek' tadi tu cari dan teka siapa kawan tu.. selalunya nenek ni akan bergerak dan terus mencari org dan meneka..kalau tak silap pakeri semua xboleh bergerak sampai 'nenek' tadi sampai kt dia...nenek tu akan cari sampai jumpa dan teka sambil menutup mata...kalau time tu semua balik makan nasi ka balik mandi ka xpon semua balik terus nasib la nenek tu..kira sampai jumpa baru dia boleh bukak mata dia...kawan2 boleh nak buat pasai..xpayah p kat dia..sampai 50 tahun ka...baru sempoi..pastu pakat2 bawak anak cucu p tinggai main ngn dia..baru nenek2 si bongkok 3...
  • aci ligan....juga tidak mengira jantina..sapa lari laju untung la...sapa lari tak laju..ligan la sampai tua... permainan yg tiada limit pemain..suka hati ja sapa nak main..cuma sapa mai lambat..pasti kena jadi..kalau tak mau jadi..samada duk kat tepi..tak pon hilang kawan sejati..mainan ni selalu main kat padang yang luas la...ikot la..kadang2 di setengah tempat cara permainan dia ada kawasan limit dan kat tempat lain..lari ja kemana pon ..ada yang lari terus balik umah..tak pon yg terus lari masok pekan la apa la...tabah ja la sapa yg jadi.
  • kawen-kawen...permainan ini adalah permainan yg selalunya dirancang oleh budak-budak perempuan..tapi budak laki2 join jugak..kalau tak join sapa nak jadi bapak.. lengkap..ada bapak..ada mak dan anak2..berbekalkan basikal..sebagai kenderaan rasmi keluarga ini dan juga cantuman permainan masak-masak lengkap membuatkan permainan ini sebagai sebuah kehidupan sebenar..jika terlebih org nak main..tak kisah..boleh buat jiran pulak..kalau tak cukup org jugak..budak-budak ni akan paksa mak betoi depa beranak lain..pasai nak bg cukup jugak....punya nak bg lengkap tu.. mcm besa..barang2 seperti penyapu..tikaq..helmet dan juga halaman rumah sapa yg luas menjadi mangsa kepada kanak-kanak ini...
  • race-race....permainan yang di kuasai oleh kanak2 lelaki iaitu berlumba menaiki basikal mereka....selalunya basikal depa ni akan mengeluarkan bunyi..sama ada bunyi dari mulot..'breeng..brengg"...ataupon bunyi daripada batang aiskrim yg dilekat pada badan basikal dan tersangkut pada jejari rim...pakeri nak habaq bunyi lagu mana pon tak tau...pandai2 pikiaq la.. lagi..basikal depa ni akan mengeluarkan asap hasil daripada pembakaran sabut nyoq yg dilekatkan di belakang basikal..jadi..ianya menjadi realiti buat kanak2 ini...yg menjadi api apabila di tepian rumah kita yg menjadi 'track' buat pelumba cilik ini...syok punya duk tgk tv ka di ulit mimpi ka...depa lalu dgn 'ekzos' depa..perghh..layan...
tu la..sedikit sebanyak cerita pasai mainan budak2 ni..ada lagi sebenaqnya..banyak lagi permainan depa ni..InsyaAllah pakeri akan sambungkan cerita lagi jika ada permintaan untuk menyambungkan lagi cerita ini...kalau xada..kita bertemu dalam tajuk yang lain pulak... 
pakeri pon dah menguap..jam pon dah pukoi 6.15pagi da..elok la buat subuh pastu lena...
gudnite.

2 ulasan:

  1. haish..
    tidak lupa juga kepada giro-point(tatau eja)yang mana getah disambung menjadi panjang dan kena lompat bg lepaih getah tuh mgikut ketiggian.

    kawen-kawen aku tak tahannnnn~~
    hahahahahha..
    ada sejarah weyh..
    nak tergelak balikkkk!!
    hahaha

    BalasPadam
  2. hahahaahha....apa jadi dgn kawen2...haih awat aku xtau pon...haha

    BalasPadam