Isnin, 21 Mac 2011

keikhlasan seorang suami..

kisahnya begini..

Ada sepasang pengantin baru ini yang baru saja selesai melangsungkan majlis perkahwinan.. 
Jadi pada malam pertama..bertemu lah pasangan ini di kamar mereka untuk beradu kasih..
tiba-tiba suami mensuarakan sesuatu kepada isterinya bahawa dia ingin tahu keburukan sikap yang isterinya tidak suka dan dia berjanji akan mengubahnya untuk kebahagian mereka..si suami juga akan menuliskan apa yang beliau tidak suka kepada isterinya..maka..mereka berjanji pada malam itu akan jujur untuk memberitahu hal buruk sikap masing-masing..jadi..pada malam itu..mereka tidur berasingan dan berjanji akan bertemu pada pagi esok harinya dgn apa yang dijanjikan..

keesokkan hari....

dimeja makan..dgn 2 cawan teh dan beberapa keping roti yang belum dijamah pasangan tersebut..
      
     suami : syg..syg dah senaraikan apa yang kita janjikan...
      isteri : sudah abg...
     suami : baiklah..syg mulakan...

maka, si isteri mengeluaran 3 helai kertas dan membacakan kesemua yang tertulis di atas kertas tersebut.. terlihat si suami menitiskan air mata apabila mendengar segala penjelasan dari isterinya ..
setelah selesai si isteri membacakan tentang keburukan sikap suaminya..kini tiba giliran si suami..

setelah 5 minit berlalu...si suami tidak bercakap sepatah pon tentang isterinya...
isterinya tertunggu-tunggu... 

isteri : abg..marahkan saya...kenapa tidak bacakan..
suami : tidak..abg tidak marahkan syg..
isteri : habis..kenapa abg tidak bacakan...

si suami meletakkan kertas di atas meja...kertas yang di letakkan hanyalah kertas kosong tanpa setitik dakwat..

isteri : kenapa abg tak tuliskan apa yang kita janjikan...
suami : tiada apa yg hendak di tuliskan di atas kertas tersebut...abg terima syg seadanya..syg tiada yang buruk buat abg..bagi abg..syg cukup sempurna..

maka,terdengar tangisan si isteri memohon ampun dari suaminya...








: terimalah pasangan anda sebaik-baiknya.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan